Kau & Aku ♥
     cintaku tiada penghujungnya.. hanya kamu..                            ♥

♥ Tentang Aku ♥
WARDAH BINTI HAJI MOHAMED DAUD

Photobucket

17 May 1993 merupakan tarikh bermakna bagi saya.
♥ Berasal dari Negara Brunei Darussalam.
♥ Kini belajar di Sekolah Tinggi NUS, Singapura dalam tingkatan M08202.

kenalilah saya melalui wardah.hmd@hotmail.com.


xD salam perkenalan untuk semua.


HARAPAN SAYA ♥

sebagai satu-satunya anak perempuan dan juga merupakan anak sulung kepada dua beradik, saya akan buat yang terbaik untuk keluarga saya dan juga untuk negara saya. :)
♥ Blog Ini ♥
Blog untuk Pelajaran Bahasa Melayu

SALAM SEJAHTERA

♥ Blog ini khas direka untuk projek Bahasa Melayu yang diselenggarakan oleh guru Bahasa Melayu saya sendiri, Cikgu Rohaida.
♥ Blog ini akan di isi dengan kerja sekolah kami seperti karangan-karangan ataupun artikel.
♥ Berikan komen anda di kotak berbicara di bawah.

Semoga anda terhibur! (:


♥Penghargaan♥
teman berbicara..

FATINN ♥ EMILY ♥ SYAFIQAH ♥

archives

March 2008  August 2008 

credits

designer   DancingSheep
brushes   + + +


♥ Berbicaralah denganku ♥
berikan komen anda dan berbicaralh dengan saya! :D




minggu bahasa
Aug 31, 2008


menterjemahkan lagu ke bahasa lain.

Malay Version

Kenangan Terindah - Samsons


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmuDarimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Chorus :
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t’lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

English version

Wonderful Memory
i am weak without you baby
i am struggling with my own life
coz the lost of your love
which once raise me..i never forget that

as long as im still breathing
til the day when the heart stop pounding
i will never ever forget you
you're who i always think of

cause of you, i found my whole life,
for me, you're my true love oowwwhh babyyy

Chorus:
fate which has been written for me,
is all that's meant for you, my only one.
i'll always make the moment between us
the most wonderful things in my life

but its not easy for me to leave YOU
the love you engraved in my heart is too strong
can't hold on to it forever
leave everything as my most memorable~



& Wardah Binti Haji Mohamed Daud signed off @ 1:32 AM



Persembahan tarian pelajar Bahasa Melayu semasa Tahun Baru Cina










& Wardah Binti Haji Mohamed Daud signed off @ 1:16 AM



Hubungan yang mesra dan mantap dalam keluarga penting demi kejayaan seseorang pelajar
Aug 30, 2008

Karangan ini merupakan karangan argumentatif di mana kita boleh bersetuju dengan penyataan yang diberikan ataupun membangkangnya. (:

Arahan: Hubungan yang mesra dan mantap dalam keluarga penting demi kejayaan seseorang pelajar. Bincangkan.


Setiap pelajar perlu berpegang pada kata-kata hikmah 'berusaha tangga kejayaan' bagi merealisasikan impian masing-masing. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan seseorang pelajar itu. Kejayaan seseorang pelajar dapat didefinisikan dalam pelbagai aspek sama ada aspek akademik, nilai-nilai murni mahupun sikap pelajar itu sendiri. Salah satu faktornya ialah hubungan yang mesra dan mantap dalam keluarga. Hubungan mesra dan matap itu dapat diertikan sebagai suasana keluarga yang dalam keadaan harmoni dan tetap teguh bersatu. Sesungguhnya, keluarga memainkan peranan penting dalam menjana ke arah kejayaan seseorang pelajar itu.


Demi mengekalkan keharmonian dalam keluarga, pelajar juga memainkan peranannya sebagai seorang anak iaitu menjalankan tanggungjawab mereka. Pelajar perlu menghormatu ibubapa mereka. Bukan itu sahaja, mereka perlu mengetahui bagaimana cara mengambil hati dan menjaga perasaan orang tua mereka seperti membantu ibubapa mereka melakukan kerja rumah tanpa disuruh. Sudah pasti ibubapa mereka akan berasa tenang dan senang setelah penat bekerja seharian untuk mencari nafkah melihat keadaan rumah mereka yang bersih dan teratur. Kedamaian yang wujud akan membuatkan pelajar berasa tenang dan selesa untuk belajar.


Dalam melahirkan pelajar cemerlang, galakan serta dorongan keluarga juga merupakan faktor yang amat penting. Ibubapa merupakan tunggak utama yang mendorong mereka kepada kejayaan seseorang pelajar itu. Jika pelajar mendapat kasih sayang dan eprhatian yang sepenuhnya daripada keluarga, tidak mustahil kemesraan dalam hubungan mereka terjalin dan pelajar tersebut akan berasa selesa. Justeru itu, mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Kemesraan yang mereka rasai bukan sahaja membuatkan mereka berasa selesa bahkan menaikkan lagi semangat mereka untuk belajar.


Kemantapan dalam hubungan kekeluargaan juga berdasarkan perhatian yang diberikan oleh ibubapa itu sendiri. Jika pelajar tersebut mempunyai ramai adik-beradik, ibubapa hendaklah memberikan kasih sayang dan perhatian yang sama rata antara mereka supaya mengelakkan mereka daripada pergaduhan. Jika sekiranya pergaduhan berlaku, keadaan rumah akan menjadi riuh rendah dan mereka berasa tidak selesa untuk belajar serta emosi pelajar juga akan terganggu.
Emosi pelajar juga perlu dijaga supaya perhubungan antara mereka dan keluarga tidak terjejas. Ini kerana apabila pelajar tersebut merasakan dirinya tersisih, mereka tidak akan betah duduk di rumah. Ini boleh menimbulkan jurang antara mereka. Ibubapa yang bijak mengambil inisiatif akan selalu berkomunikasi dengan anak-anak mereka di kala anak mereka menghadapi masalah. Ini mewujudkan sikap keterbukaan dan persefahaman. Keakraban antara mereka juga terjalin. Dengan cara ini, pelajar dapat merujuk kepada keluarga mereka jika mereka menghadapi masalah mengenai pelajaran.
Perbezaan yang ketara dapat dilihat jika kita bandingkannya dengan pelajar yang kurang kasih sayang daripada ibubapa mereka. Contohnya, ibubapa mereka bercerai ataupun keadaan rumah mereka yang selalu huru-hara, pelajar akan mudah terjebak dan terjerumus kepada perkara yang tidak diingini. Pelajaran mereka juga akan merosot dengan serta-merta kerana mereka tidak lagi menghiraukan masa depan mereka.
Kita tidak seharusnya meletakkan semua tanggungjawab kepada ibubapa dalam melahirkan pelajar cemerlang. Ini kerana niat untuk berjaya itu terletak dalam diri pelajar itu sendiri. Pelajar hendaklah mempunyai kesungguhan dan usaha untuk mengecapi impian mereka. Tanpa motivasi diri sendiri, pelajar tersebut tidak akan dapat mendisiplinkan diri mereka untuk belajar.
Kejayaan seseorang pelajar itu juga berlandaskan kebijaksanaan mereka dalam membahagikan masa serta kekuatan minda mereka. Ini menunjukkan bahawa motivasi diri lebih banyak mempengaruhi kejayaan seseorang itu daripada dorongan keluarga. Dorongan dan inisiatif keluarga hanyalah faktor membantu mereka ke arah kejayaan yang ingin mereka kecapi.
Oleh itu, kejayaan seseorang pelajar bukan sahaja berdasarkan hubungan yan mesra dan mantap dalam keluarga sepenuhnya, malahan terdapat banyak faktor atau elemen lain yang mendorong kepada kejayaan seseorang pelajar itu. Kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa berusaha bak kata pepatah, ' kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? '.


& Wardah Binti Haji Mohamed Daud signed off @ 7:44 AM