Kau & Aku ♥
     cintaku tiada penghujungnya.. hanya kamu..                            ♥

♥ Tentang Aku ♥
WARDAH BINTI HAJI MOHAMED DAUD

Photobucket

17 May 1993 merupakan tarikh bermakna bagi saya.
♥ Berasal dari Negara Brunei Darussalam.
♥ Kini belajar di Sekolah Tinggi NUS, Singapura dalam tingkatan M08202.

kenalilah saya melalui wardah.hmd@hotmail.com.


xD salam perkenalan untuk semua.


HARAPAN SAYA ♥

sebagai satu-satunya anak perempuan dan juga merupakan anak sulung kepada dua beradik, saya akan buat yang terbaik untuk keluarga saya dan juga untuk negara saya. :)
♥ Blog Ini ♥
Blog untuk Pelajaran Bahasa Melayu

SALAM SEJAHTERA

♥ Blog ini khas direka untuk projek Bahasa Melayu yang diselenggarakan oleh guru Bahasa Melayu saya sendiri, Cikgu Rohaida.
♥ Blog ini akan di isi dengan kerja sekolah kami seperti karangan-karangan ataupun artikel.
♥ Berikan komen anda di kotak berbicara di bawah.

Semoga anda terhibur! (:


♥Penghargaan♥
teman berbicara..

FATINN ♥ EMILY ♥ SYAFIQAH ♥

archives

March 2008  August 2008 

credits

designer   DancingSheep
brushes   + + +


♥ Berbicaralah denganku ♥
berikan komen anda dan berbicaralh dengan saya! :D




Puisi (:
Mar 16, 2008

Ini adalah hasil puisi yang saya coretkan untuk aktiviti kelas Bahasa Melayu. Video ini ada 2 buah puisi iaitu puisi pertama bertajuk Kerinduan dan puisi kedua bertajuk Tinggallah sepi. Kedua-dua puisi ini saya coret ketika pada waktu malam.


KERINDUAN..


Dalam sendu yang mencengkam,
Ada rindu yang mendalam,
Mencari-cari bayanganmu di dalam kelam,
Sukar sekali untuk ku hapuskan rasa rindu,
Ku akui bunga-bunga cintaku masih mekar,
Ingin sahaja ku kutip serpihan kenangan semalam..

Ingin sekali aku khabarkan pada bintang malam,
Tentang luka dalam yang tak mungkin dapat di sembuhkan,
Tetapi tidak mungkin…
Biarlah semuanya terjadi begitu sahaja,
Biarlah luka ini tiada ubatnya..


Setiap masa..
Suaramu terngiang di telingaku..
Yang pernah menyuarakan
Bicara kasih,
Bicara semangat..
Yang sudah pasti tidak akan kedengaran lagi..


Biarlah bingkai kenangan lalu
Terpahat di tembok hatiku
Kerana sudah nyata
Kita sudah terpisah daripada satu alam..



Puisi pertama ialah mengenai seseorang rindu terhadap kekasih lamanya. Walaupun mereka sudah berpisah, rasa rindu itu tetap datang dan ketika itulah terbayang semua kenangan lalu bersama. Walau sesakit manapun hati kita, perasaan sayang itu masih ada. Kata-kata dan nasihat yang selalu diberikan oleh sang kekasih di kala dia bermasalah takkan kedengaran dan takkan terjadi lagi. Bukan mudah untuknya lupakan semua itu, mengambil masa yang lama untuk mengubati luka yang diguris oleh kekasih lama. Kenangan hanyalah tinggal kenangan. Sejarah lalu takkan berulang lagi.


TINGGALLAH SEPI..


Bila rindu datang bertandang
Menyelubungi seluruh pelusuk sepi
Terpampan wajahmu di bawah sinaran
Sebak rasa di dada
Mengingatkan kau
Bukan sebahagian dari
Diriku lagi..


Ingin ku bertanya pada angin malam..
Apa kurangnya aku?
Tidak cukupkah bunga-bunga cinta yang kutaburkan selama ini?
Tidak cukupkah air sungai kasih yang sentiasa mengalir?


Katamu..
Biarlah cinta itu terus subur
Ditemani mimpi..
Janjimu..
Membuatkan aku hilang di awangan..
Namun kini.. Ia hilang seperti
Dedebu berterbangan..


Di kesepian ini..
Airmata menjadi teman bicara..
Arusnya mengalir tanpa dipaksa..
Sekali hati terguris..
Akan selamanya meninggalkan parutnya..


Hanya harapanku..
Agar kau tahu betapa cintaku
Didambakan buatmu..
Hingga suatu saat nanti..
Ketika aku telah tiada dalam pandanganmu lagi..


Puisi kedua pula mengisahkan tentang seseorang ditinggalkan kekasih tetapi ia berlainan dengan puisi pertama kerana ia menggambarkan keadaan ketika ditinggalkan kekasih lama iaitu keadaan sunyi, sepi. Dalam kesunyian inilah, seseorang itu berfikir atas sebab apakah kekasih lamanya meninggalkannya. Sudah lupakah dia tentang janji dan kata-kata manis yang di taburkan selama ini. Sunyi sepi rasa diri tanpa seseorang yang pernah memberikan semangat. Hanya titisan airmata menjadi teman di kala sedih. Hanya harapan orang yang di tinggalkan, supaya kekasih lamanya sedar bahawa cintanya hanya untuk kekasih lamanya..

Labels:



& Wardah Binti Haji Mohamed Daud signed off @ 6:31 PM